Tuesday, March 18, 2008

SENARAI AKTIVITI SEPANJANG BULAN MAC 2008

Berikut adalah senarai aktiviti PKG Telok Gadong yang akan dijalan sepanjang bulan MAc ini

1. Meyuarat Guru Perpustakaan Media - 3 /03/2008
2. Mesyuarat Penyedian Skrip Bahan cetak dan Bukan cetak - 6/03/2008
3. Mesyuarat dan bengkel Penyelarasan Rakan Pembaca JD Klang - 18/03/2008
4. Mesyuarat dan bengkel Penyedian Bahan Cetak Kali ke 2 - 19 /03/2008
5. Mesyuarat Penyelarasan Jejak / Mencari Maklumat Daerah Klang - 21//03/2008 - di PKG pelabuhan Klang.
6. Bengkel Pembinaan Maklumat Cataloging in publicatiaon data Bahan rujukan kurikulum - 24/03/2008.
7. Bengkel Penghasilan bahan cetak - 25 - 27 03/ 2008
8. Mesyuarat JK Pengurusan PKG Telok Gadong Bil:1/2008 - 28/03/2008

Selamat Datang ke Blog Kami

Selamat datang ke blog kami. Kami sedia membantu anda

SEJARAH PKG

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ajen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.